Friday 12 October 2012

Assalamualaikum..

syukur ke hadrat ILAHI kerana hari ini aku masih bernafas seperti hari-hari yang lepas.  hari nie cuaca sangat redup .. sama redup seperti hatiku sekarang. :'(

"Kadang-kadang ALLAH swt sembunyikan matahari, Dia datangkan petir & kilat, kita menangis & tertanya2 kemana hilangnya sinar tetapi rupa2nya ALLAH swt nak hadiahkan kita pelangi ;)"

aku teringat dia pernah bagitahu aku, " ini lumrah kehidupan.tak semestinya yang kita nak,kita dapat"

ya. aku tahu... seperti CINTA. CINTA XSEMESTINYA memiliki. Aku redho kalau ini ketetapannya. 

aku  minta maaf  jika aku tidak boleh membahagiakan mu. aku tahu aku banyak kekurangan.


Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan…Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi…Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani

No comments:

Post a Comment